Pelajar trauma dikurung, diliwat

Pelajar trauma dikurung, diliwat

Dikurung diliwat
IDENTITI suspek kurung dan liwat berjaya dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kali terakhir sebelum mangsa dibawa ke rumahnya dekat Seksyen 32, Bukit Kemuning, di Shah Alam, Selangor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pelajar tingkatan 2 menghadapi trauma selepas dikurung lebih tiga jam dan diliwat oleh seorang lelaki dipercayai penjual pakej internet dekat sebuah rumah pangsapuri di Seksyen 32, Kota Kemuning di sini, kelmarin.

Mangsa merupakan remaja lelaki berusia 14 tahun itu dikatakan diajak bebual oleh suspek kira-kira pukul 8.05 pagi sebelum diperdaya dengan tawaran pakej internet telefon bimbit dengan syarat membantunya mengangkat barang dalam rumah di kondominium berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, akibat terpengaruh dengan tawaran tersebut mangsa terus mengikuti suspek sebelum tangan dan kakinya diikat dan disyaki turut diliwat.

“Semasa dikurung dan ditinggalkan berseorangan di dalam rumah tersebut, mangsa berjaya membuka ikatan dan menjerit meminta bantuan melalui tingkap bilik rumah sebelum diselamatkan oleh jiran berhampiran lalu terus menghubungi pihak polis.

“Polis menerima maklumat berkenaan kejadian itu kira-kira pukul 12.00 tengahari, daripada ibu bapa yang memberitahu bahawa mangsa dikurung dan turut dicederakan oleh suspek di dalam bilik tidur sebuah kediaman tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Tambahnya, susulan laporan tersebut, polis berjaya mengesan identiti suspek dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana mengurung seseorang dengan salah yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000.

“Manakala siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seseorang tanpa kerelaan atau bertentangan dengan kemahuannya yang memperuntukkan hukuman penjara 5 hingga 20 tahun dan juga hendaklah dikenakan sebat,” jelasnya.

Kata Ramsay lagi, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul mangsa hingga mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengawasi dan menasihati anak-anak agar lebih berwaspada dan tidak mendekati orang yang tidak dikenali supaya tidak terpedaya daripada berlakunya perkara tidak diingini.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian ini bolehlah menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mohamad Sabri Abd. Rani ditalian 017-2892628,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN