Tiga termasuk pegawai kanan polis ditahan ketika berhibur

Tiga termasuk pegawai kanan polis ditahan ketika berhibur

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan dan dua anggota polis ditahan ketika berhibur di premis hiburan di Ipoh, Perak, 5 April lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan dijalankan terhadap dua premis hiburan di Bandar Baru Medan Ipoh dan Taman Ipoh.

Katanya, hasil pemeriksaan di premis kedua mendapati seramai 87 pelanggan berusia antara 19 hingga 52 tahun positif dadah.

“Turut diperiksa dalam serbuan itu ialah seorang pegawai dan dua anggota polis yang sedang berhibur. Pemeriksaan mendapati dua anggota terbabit didapati positif dadah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Hussein berkata, dua anggota polis tersebut berpangkat koperal dan lans koperal, masing-masing berusia 26 dan 40 tahun serta bertugas di Johor.

“Koperal terbabit didapati positif ketamin, manakala rakannya pula positif methamphetamine, amphetamine dan ketamin.

“Pegawai polis yang bertugas di Perak pula didapati negatif dadah,” katanya.

Beliau berkata, seramai 59 lelaki dan 28 wanita ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Tindakan ini membuktikan kita tidak berkompromi terhadap sebarang kesalahan, termasuk melibatkan anggota polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN