GEORGE TOWN: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai kira-kira RM1.6 juta susulan penahanan dua lelaki dan seorang wanita tempatan dalam beberapa serbuan di sekitar daerah Timur Laut dan Seberang Perai Utara, kelmarin. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kesemua suspek berusia antara 22 hingga 28 tahun, ditahan dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Timur Laut bermula kira-kira pukul 12 tengah hari sehingga 2 pagi semalam.…










