SHAH ALAM: Polis mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian seorang kanak-kanak dipercayai autism dikurung dekat sebuah pusat asuhan di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Anak Embol, bagaimanapun pihaknya mengesan empat video tular menerusi akaun Instagram Ariz Ramli (Caprice). “Terdapat 4 video yang tular di media sosial yang dikongsikan oleh pemilik akaun Instagram tersebut. Setakat ini polis belum menerima laporan berhubung…










