SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun berdepan detik cemas apabila kenderaan Perodua Viva yang dinaikinya dilarikan seorang suspek dalam kejadian pukul 7 malam tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian berlaku berhampiran SMK Taman Sri Muda, di sini, ketika kenderaan itu diletakkan di tepi jalan besar berhampiran sekolah berkenaan. Katanya, ketika kejadian, mangsa berada di tempat duduk belakang dan sedang bermain telefon bimbit.…










