KUBANG PASU: Tindakan seorang bapa membawa anak perempuan berusia 16 tahun untuk mengangkut 16 warga Myanmar yang diseludup ke negara ini mengundang padah apabila dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) di Plaza Tol Jitra, di sini Rabu lalu. Turut ditahan dalam Op Taring Delta kira-kira pukul 4 pagi itu ialah seorang lagi lelaki berusia lingkungan 40-an. Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kejayaan…










