Cubaan seludup PATI, dadah gagal, bot karam

Cubaan seludup PATI, dadah gagal, bot karam

SUSPEK warga Indonesia berusia 37 tahun berjaya ditahan Maritim Malaysia selepas bot gentian kaca yang dinaikinya karam di perairan Tanjung Bidara, awal pagi semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Cubaan tiga lelaki dipercayai warga Indonesia menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dadah keluar dari negara ini, gagal apabila bot gentian kaca yang dinaiki mereka karam selepas melanggar bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tanjung Bidara, awal pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Maritim Salehuddin Zakaria berkata, kejadian berlaku pukul 4.10 pagi hasil maklumat risikan mengenai pergerakan mencurigakan sebuah bot dari Pulau Rupat, Indonesia, yang dikesan menuju ke perairan Malaysia.

“Pasukan Op Murni terdiri daripada tujuh anggota Maritim bergegas ke lokasi sebelum mengesan sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran bergerak dalam keadaan mencurigakan kira-kira 2.3 batu nautika barat daya Tanjung Bidara.

“Apabila diarah berhenti untuk pemeriksaan, bot tersebut bertindak agresif dan melanggar bot ronda Maritim hingga menyebabkan ia hilang kawalan lalu karam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, dua daripada tiga suspek bertindak terjun ke laut bagi melarikan diri, manakala seorang lelaki warga Indonesia berusia 37 tahun berjaya ditahan.

“Siasatan awal mendapati bot terbabit dipercayai dalam perjalanan menuju ke Pengkalan Balak bagi mengambil PATI serta dadah untuk diseludup keluar dari negara ini.

“Operasi CARILAMAT turut diaktifkan bagi mengesan dua lagi suspek yang masih hilang selepas terjun ke laut ketika kejadian,” katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki perairan Malaysia tanpa kebenaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN