Warga Myanmar mengaku bersalah bunuh kanak-kanak

Warga Myanmar mengaku bersalah bunuh kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang juruelektrik warganegara Myanmar mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki dari negara yang sama pada April tahun lalu.

Tertuduh, Hrang Tling Thang, 23, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sebuah rumah di Jalan Pasar Baru antara pukul 11 pagi hingga 12.25 tengah hari, pada 14 April 2024.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, atau boleh dihukum penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun.

Sekiranya hukuman penjara dikenakan, tertuduh hendaklah disebat tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika prosiding, Wan Ahmad Hijrah memohon mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi tujuan menjatuhkan hukuman dan membaca fakta kes.

Hakim Azhar kemudian menetapkan 13 Februari 2024 bagi pengurusan kes dan lantikan peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN