Agensi umrah tiada maklumat baharu mengenai Nadia Kesuma

Agensi umrah tiada maklumat baharu mengenai Nadia Kesuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang maklumat baharu diterima mengenai jemaah dan pelakon, Nadia Kesuma, yang dilaporkan hilang di Jeddah.

Ketua Pegawai Operasi Nuh Travel & Tours Sdn Bhd, Adam Jalal, berkat, sebarang maklumat terkini mengenai Nadia akan diumumkan oleh pihak Wisma Putra.

Beliau menambah, sebagai agensi yang menguruskan pakej umrah ziarah wanita itu, Nuh Travel sentiasa bekerjasama rapat dengan konsulat serta Wisma Putra dalam usaha mencari Nadia.

“Sekumpulan jemaah yang turut bersama Nadia masih meneruskan perjalanan mereka seperti dijadualkan. Sehingga kini, kami belum menerima sebarang maklumat lanjut mengenai keberadaannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Wisma Putra mengesahkan pelakon itu yang berada di Arab Saudi sebelum ini, dikesan sudah meninggalkan lapangan terbang Jeddah.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ia berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Arab Saudi, selepas pencarian dilakukan pelbagai pihak termasuk Konsular Malaysia di negara terbabit.

Nadia dikatakan pergi ke Arab Saudi dengan syarikat pengendali umrah dan rekod menunjukkan Nadia telah keluar dari lapangan terbang Jeddah di Arab Saudi.

Laporan polis akan dibuat selepas 20 jam proses pencarian dilakukan dengan mengikut prosedur operasi standard prosedur (SOP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN