Pelajar hilang selepas tulis surat kepada ibu ditemukan selamat

Pelajar hilang selepas tulis surat kepada ibu ditemukan selamat

Pelajar hilang
MUHAMMAD Shazriq Ziqri Abdullah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya, di Pangsapuri Rimba, Seksye 16, di Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelajar tingkatan dua yang dilaporkan hilang dekat Seksyen 16, di sini didakwa tinggal bersendirian dan tidur dekat sebuah restoran makanan segera di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, Muhammad Shazriq Ziqri Abdullah, 14, ditemukan oleh kedua ibu bapanya di lokasi berkenaan semalam kira-kira pukul 3 pagi.

“Kanak-kanak itu dijumpai oleh kedua ibu bapa dan dibawa ke Balai Polis Seksyen 9, di sini bagi membuat laporan berkaitan penemuan orang hilang bersangkut laporan yang dibuat di Balai Polis Sri Muda sebelum ini.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditemukan dalam keadaan sihat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkn, seorang pelajar tingkatan dua dilaporkan hilang sejak seminggu selepas meninggalkan surat kepada ibunya dekat Pangsapuri Rimba, Seksyen 16 di sini, Selasa lalu.

Muhammad Shazriq Ziqri yang berketurunan Bajau dikatakan keluar rumah pada pukul 6.45 pagi. Katanya, susulan itu ibu mangsa membuat laporan polis pada keesokannya.

Sarudin menambah, kanak-kanak itu melarikan diri dari rumah kerana dimarahi ibunya apabila prestasi pelajarannya menurun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN