Dua pemandu tular kerana bergaduh direman empat hari

Dua pemandu tular kerana bergaduh direman empat hari

KEDUA-DUA suspek (memakai baju lokap polis) yang tular kerana bergaduh di tepi jalan di Jalan Permatang Nibong, Bukit Mertajam, Pulau Pinang Khamis lalu, tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini untuk mendapatkan perintah reman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Dua pemandu lelaki yang tular kerana bergaduh di tepi jalan di Jalan Permatang Nibong di sini, Khamis lalu direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Perintah reman yang bermula hari ini itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Muhammad Shahrul Aiman.

Kedua-dua suspek sebelum itu tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam kira-kira pukul 9.40 pagi dengan diiringi oleh beberapa anggota polis.

Dalam kejadian tersebut, suspek pertama yang berusia 44 tahun dikatakan memandu sebuah Proton Exora manakala seorang lagi suspek berusia 28 tahun memandu Perodua Myvi ketika kejadian.

Insiden dipercayai berlaku apabila suspek yang memandu Perodua Myvi didakwa membuat pusingan U secara mengejut sehingga menyebabkan pemandu Proton Exora tidak berpuas hati.

Kedua-dua suspek kemudian memberhentikan kenderaan masing-masing dan sempat berdamai, namun, pemandu Perodua Myvi dipercayai meminta pemandu Proton Exora berhenti buat kali kedua tidak lama selepas itu.

Susulan tindakan tersebut, berlaku pertengkaran antara mereka dan pemandu Proton Exora didakwa sempat mengeluarkan sebatang kayu hoki untuk memukul pemandu Perodua Myvi berkenaan.

Kedua-dua suspek kemudian tampil membuat laporan polis berhubung insiden itu semalam sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan, rakaman video berdurasi 37 mengenai pergaduhan tersebut bagaimanapun tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada warganet. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN