KLANG: Seorang lelaki maut akibat ditembak dua suspek pada bahagian hadapan badannya dekat sebuah stesen minyak Petronas, dekat Bukit Tinggi, di sini, malam tadi. Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima makluman daripada orang awam berhubung kejadian menerusi Pusat Kawalan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira pukul 11.13 malam tadi. “Siasatan mendapat mangsa…










