KLANG: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menghalang tugas penjawat awam dan cuba membunuh anggota polis dekat sebuah stesen minyak di Persiaran Raja Muda Musa di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, suspek berusia 33 tahun itu dikatakan cuba menggilis anggota polis yang menyedari kehadirannya di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, insiden tersebut berlaku selepas polis mengesan suspek menaiki Toyota Vios…










