SHAH ALAM: Polis mengesahkan seramai 14 individu ditangkap kerana menghalang tugas penjawat awam dalam operasi pengosongan dan perobohan rumah dekat Kampung Papan, Pandamaran di Klang, sejak Isnin lalu hingga semalam. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kesemua ditahan terdiri daripada anggota organisasi bukan kerajaan (NGO), namun tidak melibatkan penduduk kampung berkenaan. “Tangkapan dibuat ekoran laporan-laporan yang dibuat oleh pihak yang melaksanakan arahan perobohan tersebut melibatkan 11 lelaki dan tiga…










