KLANG: Rampasan terkumpul sisa elektronik atau e-waste di seluruh negara berjumlah lebih RM4 bilion direkodkan dalam tempoh sembilan bulan sejak Januari lalu. Ia merupakan sebahagian besar daripada rampasan pelbagai barangan terlarang terkumpul bernilai lebih RM6 bilion oleh pasukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh sama. Pengarahnya, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, rampasan tersebut dibuat terhadap sisa-sisa yang dibawa masuk ke negara…