KUALA LUMPUR: Polis belum memanggil individu berpengaruh yang didakwa cuba menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada tiga individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
“Setakat ini siasatan masih berjalan dan pihak kami akan meneruskan proses mengambil keterangan daripada beberapa individu lain berdasarkan maklumat yang diperoleh,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan siasatan kes tersebut setakat ini tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana siasatan lain yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada 3 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa cubaan untuk menjatuhkan kerajaan didukung oleh warga tempatan dengan memanfaatkan pengaruh media serta institusi antarabangsa termasuk melibatkan kelompok Zionis terkemuka.
Siasatan awal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati gerakan berkenaan berpangkalan di luar negara dan dipercayai mempunyai dana besar bagi merancang strategi untuk mempertikai serta menggugat kerajaan sedia ada. – UTUSAN







