Lelaki tempatan ditahan langgar kesopanan dalam masjid, ada kad OKU

Lelaki tempatan ditahan langgar kesopanan dalam masjid, ada kad OKU

TANGKAP layar video tular memaparkan seorang lelaki melakukan kelucahan melampau di sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes melanggar kesopanan di dalam sebuah masjid di daerah ini yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd. Jumazanzahir Chek Ismail berkata, suspek berusia lingkungan 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.15 pagi hari ini di Taman Air Biru, Pasir Gudang.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek bukan penduduk tempatan daerah Segamat dan merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan juga didapati negatif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, suspek kini direman selama empat hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan lanjut sementara kertas siasatan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Polis memandang serius sebarang perlakuan tidak senonoh terutamanya di tempat ibadah dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Semalam, akhbar ini melaporkan suspek telah melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu dengan beronani di hadapan seorang wanita dalam sebuah masjid di Bukit Siput, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN