SHAH ALAM: Kegiatan sindiket pengedaran bunga ganja yang aktif sejak dua bulan lalu tumpas apabila tujuh individu ditangkap bersama rampasan bernilai RM5.9 juta di sekitar Selangor, baru-baru ini. Bagi mengaburi pihak berkuasa, sindiket terbabit menyewa rumah teres untuk dijadikan stor penyimpanan dadah sebelum ia diedarkan di pasaran tempatan dan luar negara. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerusi hasil risikan dan maklumat…