SHAH ALAM: Seorang penghantar barang nekad meninggalkan kereta dipandunya yang tersimpan pil ekstasi berjumlah RM4.3 juta di sekitar Bagan Sekinchan, Sabak Bernam pada 23 September lalu. Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, lelaki tempatan berusia 33 tahun berkenaan dikejar ketika cuba melarikan diri daripada polis. Bagaimanapun, persembunyian suspek yang masih bujang itu tidak bertahan lama apabila berjaya dicekup di sekitar Wangsa Maju, Kuala Lumpur, pukul 10.30 malam, 26 September lalu.…