MELAKA: Tindakan tegas diambil terhadap lapan syarikat pengendali bas dan lori di negeri ini apabila lesen pengendali masing-masing digantung selepas gagal mematuhi syarat keselamatan ditetapkan dalam Sistem Audit dan Pemeriksaan Keselamatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (JISA) tahun ini. Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop berkata, tindakan itu dilaksanakan di bawah Seksyen 230 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) hasil penguatkuasaan dan pengauditan oleh Unit Pemeriksaan dan Kawalan Kenderaan…










