KLANG: Tekong warga emas dan dua kru bot ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor selepas dikesan membawa 48 penumpang berbanding 12 yang dibenarkan berhampiran Pulau Ketam, di sini, semalam. Mereka didakwa membawa lebih muatan iaitu tambahan 36 orang di atas bot bersaiz 15.25 meter (m) panjang dan 3.66 m lebar bersiar-siar sekitar Pulau Ketam sebelum ditahan pada kedudukan 0.4 batu nautika barat daya pulau berkenaan. Pengarah Maritim Malaysia…