KUALA LANGAT: Pemilikan dadah seorang lelaki terbongkar apabila kereta Cherry yang dipandunya kemalangan dekat Lorong K03 Plaza Tol Telok Panglima Garang, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini, semalam. Dadah tersebut ditemukan selepas Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menggerakkan unit peronda membuat pemeriksaan terhadap insiden terbabit. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pemeriksaan lanjut polis menemukan dadah disyaki ganja seberat 1.07 gram…