SHAH ALAM: Polis merampas 71.6 kilogram (kg)dadah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM13.6 juta di dalam sebuah kereta Mercedes dalam satu serbuan di sekitar Banting, Kuala Langat, kelmarin. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, serbuan tersebut dilakukan sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat. “Serbuan tersebut dijalankan kira-kira 3.45 petang dekat sebuah persimpangan lampu…