Penagih rokok berang ditegur ditahan polis

Penagih rokok berang ditegur ditahan polis

Merokok rokok
TANGKAP layar video kejadian gaduh dekat sebuah restoran di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang penagih rokok yang berang selepas ditegur merokok dekat sebuah restoran di sini, baru-baru ini ditahan polis selepas pulang daripada menyertai konvoi motosikal ke Thailand, malam tadi.

Suspek berusia 49 tahun itu ditahan polis ketika berada di Persiaran Kayangan, Seksyen 9, di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, pada pagi ini untuk permohonan reman.

“Untuk makluman suspek berjaya ditangkap dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini untuk reman. Suspek ditahan di Shah ALam dan dia baru pulang ride motor dari Thailand,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dan dia juga tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, seorang lelaki berang dan bergaduh dengan pasangan suami isteri selepas ditegur merokok dekat sebuah restoran di Seksyen 13 di sini, baru-baru ini.

Mohd. Iqbal Ibrahim memberitahu, kejadian pukul 11.50 malam itu menimpa seorang wanita hamil dan suaminya yang tidak selesa dengan tindakan suspek merokok di meja berdekatan.

Katanya, mangsa yang bimbang dengan kesihatannya kemudian meminta pekerja restoran menegur perbuatan lelaki itu namun tidak diendahkan.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN