KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan sebanyak 539 kes cubaan menyeludup dan mengelak cukai di Selangor membabitkan nilai barangan keseluruhan berjumlah RM124.77 juta sejak awal tahun ini hingga 31 Ogos lalu. Kesemua kes tersebut melibatkan rampasan pelbagai jenis barang seperti minuman keras, rokok, tembakau, mercun, dadah, skrap, besi, barangan elektrik, daging sejuk beku dan sebagainya dengan nilai cukai sebanyak RM84.4 juta. Pengarah JKDM Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata,…