SHAH ALAM: Fentanil seberat hampir satu tan metrik antara yang dirampas polis bersama lebih 700 kilogram dadah lain dalam enam siri operasi khas antara Ogos dan awal bulan ini. Dadah sintetik baharu itu dikesan dalam Operasi (Op) Black Ash yang didakwa dibawa masuk dari sebuah negara timur ke Malaysia melalui Pelabuhan Klang sebelum dikesan dan dirampas pada 19 Ogos lalu di sekitar Negeri Sembilan dan Melaka. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah…










