KUALA LUMPUR: Tindakan dua lelaki mencampurkan dadah jenis Methylenedioxy Methamphetamine (MDMA) ke dalam air minuman jus berperisa sebelum dijual semula di pusat hiburan terbongkar selepas ditahan pada 25 September lalu. Penahanan kedua-dua suspek berusia 30 dan 32 tahun itu dilakukan selepas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dang Wangi yang menyerbu sebuah pangsapuri di Jalan Yap Kwan Seng pukul 10.20 malam. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie…