SHAH ALAM: Kegiatan sindiket pengedaran dadah antarabangsa didalangi seorang lelaki warga emas tumpas selepas dicekup bersama empat suspek dengan rampasan syabu bernilai RM13.6 juta, kelmarin. Sindiket yang bergiat aktif sejak dua bulan lalu itu dipercayai bukan saja mensasarkan pasaran Lembah Klang malah Sabah, Sarawak dan Kalimantan, Indonesia. Bagi mengaburi pihak berkuasa, sindiket itu menyewa rumah teres untuk dijadikan sebagai stor simpanan selain menggunakan bungkusan isi durian kering dan teh Cina.…