PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuat laporan polis berhubung penerimaan satu bungkusan mencurigakan melalui sebuah syarikat kurier dengan menggunakan nama Pengerusinya sebagai penerima. MCMC menerusi kenyataan memaklumkan, semakan awal bersama pihak kurier mendapati penghantar berkenaan menggunakan nama samaran serta nombor telefon tertentu sejak Jun lalu. “Syarikat kurier itu turut merekodkan sebanyak 55 aduan terhadap individu sama melibatkan 18 kes penghantaran barangan yang tidak dipesan penerima dan 37…