MCMC siasat platform X langgar AKM

MCMC siasat platform X langgar AKM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan platform X tetap perlu mematuhi Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) walaupun bukan penyedia perkhidmatan berlesen buat masa ini.

Ia susulan, berhubung penyalahgunaan alat kecerdasan buatan (Al) di platform X, untuk memanipulasi imej wanita dan kanak-kanak bagi menghasilkan kandungan yang tidak senonoh, jelik melampau atau memudaratkan.

MCMC berkata, bahawa penghasilan atau penyebaran kandungan memudaratkan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).

Katanya, akta tersebut melarang penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi untuk menghantar kandungan yang berunsur jelik melampau, lucah atau sumbang.

“MCMC akan memulakan siasatan terhadap pengguna X yang disyaki melanggar AKM.

“Dengan penguatkuasaan ONSA, platform dalam talian dan penyedia perkhidmatan berlesen dikehendaki mengambil langkah bagi mencegah penyebaran kandungan memudaratkan dalam talian, termasuk kandungan lucah, tidak senonoh serta bahan penderaan seksual kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, MCMC menegaskan platform X tetap perlu mematuhi piawaian keselamatan dalam talian di Malaysia dan bertanggungjawab untuk mencegah penyebaran kandungan yang memudaratkan pengguna tempatan walaupun platform X bukan penyedia perkhidmatan berlesen pada masa ini.

“Sehubungan itu, MCMC kini sedang menjalankan siasatan terhadap kemudaratan dalam talian yang berlaku di platform X dan akan memanggil wakil platform berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN