ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri mengambil tindakan tegas menghentikan operasi pembinaan sebuah pusat data di kawasan Persiaran Prima Utama, Gelang Patah di sini kerana gagal mematuhi garis panduan dan melanggar syarat ditetapkan. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md Shukor berkata, ini merupakan pusat data yang pertama diberikan notis berhenti kerja selama dua minggu berkuat kuasa serta-merta. Beliau berkata, tindakan tegas itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam…