JPJ audit syarikat bas selepas terlibat kemalangan

JPJ audit syarikat bas selepas terlibat kemalangan

Tali pinggang keledar
AEDY FADLY RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) akan dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke atas syarikat bas susulan kemalangan di Jalan Persiaran Universiti 1, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, ketika membawa rombongan murid sekolah semalam.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya telah menerima laporan kes terbabit.

“Ya kita ada terima laporan dan kes kemalangan disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“JPJ akan jalankan JISA ke atas pengendali bas tersebut dan akan ambil tindakan selanjutnya selepas laporan audit diterima,” katanya di hubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.18 tengah hari, bas membawa 30 murid dan lima guru dari Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Ampang itu terbabas lalu melanggar sebatang pokok.

Kemalangan itu mengakibatkan tiga murid dan seorang guru cedera. Mereka ketika itu dalam perjalanan dari sebuah kilang coklat menuju ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas berusia 44 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

Pemandu itu kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×