PETALING JAYA: Sebanyak 645 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur dan 29 motosikal disita dalam Operasi Khas Motosikal di Plaza Tol Batu dan Plaza Tol Ayer Panas malam tadi.
Pengarah JPJ KL, Hamidi Adam berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 277 motosikal yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan.
Katanya, operasi bermula dari jpukul 8 malam hingga 11 malam itu diketui Ketua Seksyen Pendakwaan JPJ Kuala Lumpur, Kamarul Anuar Mazly.
Menurutnya, dalam operasi ini, sebanyak 4,472 kenderaan diperiksa, dengan 277 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.
“Jumlah notis yang dikeluarkan adalah 645 notis dan 29 buah motosikal disita.
“Kesalahan utama yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh, ketiadaan insurans, memandu bawah umur, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan lain-lain kesalahan teknikal yang tidak mematuhi peraturan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN










