Inkues kematian Zara Qairina perlu dibuat segera

Inkues kematian Zara Qairina perlu dibuat segera

ZARA QAIRINA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prosiding inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir perlu dibuat segera seperti permintaan keluarganya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, arahan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya pihak berkuasa menggali semula kubur bagi menjalankan bedah siasat adalah langkah penting untuk menepis dakwaan dan persepsi mengenai kelemahan siasatan awal.

“Tragedi ini bukan sekadar menimpa sebuah keluarga, tetapi ujian besar terhadap nilai keadilan, integriti dan kejujuran institusi yang terlibat termasuk Kementerian Pendidikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, perhimpunan ‘Justice for Zara’ yang diadakan semalam membuktikan solidariti dan kebangkitan rakyat menuntut keadilan buat mangsa serta keluarganya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri M. Kumar memaklumkan kubur Zara Qairina akan digali segera untuk prosedur bedah siasat dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan sebelum kertas siasatan dirujuk semula ke AGC.

Peguam keluarga mangsa, Hamid Ismail berkata, permohonan rasmi untuk menggali semula kubur akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar hari ini.

Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina dipercayai terjatuh dari tingkat tiga dan ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang asrama sekolahnya di Papar, Sabah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu keesokannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN