KLANG: Taktik menggunakan lori yang diubah suai untuk menyeleweng diesel bersubsidi tumpas selepas dua premis digempur pihak berkuasa di sekitar daerah ini semalam. Serbuan hasil risikan selama sebulan itu dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, bermula kira-kira pukul 7 petang. Serbuan itu membawa kepada penahanan empat suspek termasuk dua warga asing berusia lingkungan 35 hingga 45…