SHAH ALAM: Polis masih menunggu maklum balas daripada Pejabat Pendakwa Raya berhubung kes seorang artis terkenal yang disyaki melakukan amang seksual fizikal yang ditahan di sebuah hotel di Selangor, 3 Jun lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menghantar kertas siasatan kes berkenaan beberapa hari lalu selepas melengkapkan siasatan.
“Kami percaya mangsa adalah peminat suspek. Mereka kenal satu sama lain selepas bertemu beberapa kali di beberapa tempat.
“Ibu mangsa yang buat laporan itu,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.
Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan artis berkenaan telah membawa suspek ke sebuah hotel untuk melakukan perbuatan jenayah itu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kes tersebut disiasat. – UTUSAN