Maritim tahan bot nelayan bersauh tanpa kebenaran di P. Pinang

Maritim tahan bot nelayan bersauh tanpa kebenaran di P. Pinang

SEBAHAGIAN daripada kru warga asing yang ditahan selepas vesel nelayan komersial yang mereka naiki bersauh tanpa kebenaran di perairan negara khususnya Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Tindakan sebuah bot nelayan komersial yang bersauh tanpa kebenaran di perairan negara membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang dalam satu pemeriksaan, semalam.

Vesel terbabit yang dikesan bersauh pada kedudukan kira-kira 10 batu nautika ke barat laut Muka Head itu diperiksa sekitar pukul 7 malam oleh pasukan rondaan Maritim Pulau Pinang selepas menerima maklumat awam sekitar pukul 5 petang.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, pemeriksaan mendapati vesel tersebut membawa muatan kira-kira 12 tan ikan tuna yang dikendalikan oleh 13 kru warga asing terdiri daripada rakyat Indonesia dan China.

“Semua kru terbabit memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Namun, pemeriksaan lanjut mendapati vesel yang mereka naiki tidak memiliki kebenaran untuk bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia seperti yang diwajibkan mengikut undang-undang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Muhammad Suffi, dua individu utama iaitu kapten dan ketua jurutera kapal yang masing-masing berusia antara 50 hingga 59 tahun telah dibawa ke Pejabat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 491B(1), Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN