Lapan individu direkod keterangan kes buli pelajar dalam tandas

Lapan individu direkod keterangan kes buli pelajar dalam tandas

Buli
TANGKAP layar video kejadian buli dekat sebuah sekolah menengah di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis merekodkan keterangan lapan individu berhubung kes buli melibatkan pelajar perempuan di dalam tandas sebuah sekolah menengah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kesemua individu itu terdiri daripada mangsa dan bapanya selain pelajar serta pihak sekolah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian tular itu melibatkan pelajar tingkatan dua. Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan dan lapan individu direkodkan keterangan bagi membantu siasatan.

“Kes itu kes akan dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Selangor bagi tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Utusan Malaysia pada Sabtu lalu melaporkan polis menyiasat kejadian buli itu selepas menerima laporan polis berhubung satu rakaman video yang tular di aplikasi Facebook (FB).

Rakaman itu menunjukkan insiden pergaduhan antara pelajar dari sekolah yang sama.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi lebih dua minit memaparkan seorang pelajar perempuan dikelilingi sekumpulan pelajar lain dipercayai akibat perselisihan faham.

Kejadian itu dipercayai melibatkan sebuah sekolah menengah dan mangsa dipukul pada badan serta ditampar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN