Dua bersaudara maut lemas akibat beg plastik

Dua bersaudara maut lemas akibat beg plastik

Lemas beg plastik
MOHD. Zaini Abu Hassan ditemui pemberita pada sidang akhbar dekat Dataran Kawad IPD Klang Selatan, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kematian seorang wanita dan anak saudaranya yang dipercayai dibunuh dalam sebuah rumah di Semenyih, bulan lalu berpunca lemas akibat beg plastik.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan menyeluruh kes itu mengikut Seksyen 302 Keseksaan selepas menerima laporan bedah siasat jabatan forensik hospital yang dijalankan ke atas mayat dua mangsa berkenaan.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mereka adalah disebabkan ‘plastic bag suffocation’ (lemas akibat bag plastik).

“Bagaimanapun siasatan lanjut kes berkenaan masih sedang diteruskan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, hari ini.

Tambah Mohd. Zaini, polis setakat ini belum membuat sebarang tangkapan individu bagi kes berkenaan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan bau busuk yang dihidu dari sebuah rumah membawa kepada penemuan dua mayat dipercayai menjadi mangsa pembunuhan pada 25 April lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan pihaknya menerima laporan pukul 8.43 malam daripada seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun yang juga adik lelaki mangsa.

Pengadu mengesyaki bau mencurigakan itu selain mendapati kakaknya berusia 53 tahun yang tinggal bersama anak saudara lelaki berusia 25 tahun tidak kelihatan hampir 10 hari di kawasan tersebut.

Hasil bedah siasat mendapati punca kedua-dua mangsa meninggal dunia selama lebih tujuh hari. Pemeriksaan polis juga mendapati tiada kesan penggeledahan dan rumah itu dalam keadaan berkunci dari dalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya