Anggota JSJ antara 18 individu positif dadah

Anggota JSJ antara 18 individu positif dadah

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman antara 18 individu ditahan dalam serbuan di pusat hiburan di Puchong, dekat sini semalam.

Mengesahkan tangkapan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman malam tadi.

“Dalam serbuan itu, seramai 18 pengunjung didapati positif amfetamin.

“Seorang daripada mereka adalah anggota polis dari JSJ Bukit Aman,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua tangkapan direman hari ini bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN