Kertas siasatan pelakon terkenal diserah kepada Pendakwa Raya

Kertas siasatan pelakon terkenal diserah kepada Pendakwa Raya

Siasatan pelakon
SHAZELI KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis mengesahkan kertas siasatan terhadap seorang pelakon yang sebelum ini didapati positif dadah sudah pun dihantar kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, bagaimanapun polis menerima arahan supaya kertas siasatan tersebut ditambah baik sebelum diserahkan kembali ke Timbalan Pendakwa Raya.

“Kertas sasatan dilengkapkan dan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya, dengan mendapat beberapa arahan untuk dilengkapkan lagi.

Justeru dalam tempoh tersebut, polis memberi jaminan, terhadap individu tersebut sementara untuk dilengkapkan kertas sasatan. Siasatan dibuat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Jumaat lalu, akhbar ini melaporkan polis mengesahkan penahanan pelakon lelaki terkenal selepas ujian sa­ringan air kencing ke atasnya didapati positif dadah.

Sebelum ini, pelakon terbabit turut pernah ditahan berkaitan dadah apabila Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman selepas mendapati pelakon itu bersalah kerana menggunakan dadah dikenali THC.

Bagaimanapun, pelakon itu terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkan dia membayar hukuman denda RM5,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×