Menyamar pegawai kerajaan minta suapan untuk ubah laporan kimia

Menyamar pegawai kerajaan minta suapan untuk ubah laporan kimia

SEORANG lelaki (tengah) yang menyamar sebagai pegawai kerajaan untuk meminta dan menerima suapan berhubung kes mengubah laporan kimia direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret George Town bagi membantu siasatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang lelaki yang disyaki menyamar sebagai pegawai kerajaan untuk meminta dan menerima wang suapan daripada seorang wanita.

Menurut sumber, wang tersebut iaitu sebanyak RM8,000 diminta sebagai balasan kerana membantu mengubah laporan kimia membabitkan suami kepada wanita itu yang terlibat dengan kes dadah.

Katanya, suspek yang bekerja sendiri itu ditahan semasa dia hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri, kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Suspek sebelum itu memaklumkan akan membantu mengubah laporan kimia bagi membolehkan suami kepada wanita itu yang kini ditahan reman atas kes dadah dibebaskan.

“Wanita tersebut yang percaya dengan kata-kata suspek kemudian telah menyerahkan wang rasuah kira-kira RM6,000 kepadanya,” katanya di sini, hari ini.

Tambah sumber itu lagi, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu kini direman selama tujuh hari iaitu sehingga 17 Mei ini selepas perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Syahirah Abdul Salim di Mahkamah Masjitret George Town, pagi tadi.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM negeri, Mohd. Fuad Bee Basrah, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan memaklumkan, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN