Lebih AS$1.37 bilion aset 1MDB berjaya dibawa pulang

Lebih AS$1.37 bilion aset 1MDB berjaya dibawa pulang

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih AS$1.37 bilion aset berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipulangkan kepada Malaysia oleh Amerika Syarikat (AS) setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jumlah tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut beliau, masih terdapat sejumlah wang dan aset berkaitan dana 1MDB yang sedang ditahan, dibekukan atau tertakluk kepada prosiding pelucuthakan di AS serta beberapa bidang kuasa asing lain.

“Selain aset yang telah dipulangkan, masih terdapat sejumlah wang dan aset yang dikaitkan dengan dana 1MDB yang sedang ditahan, dibekukan atau tertakluk kepada prosiding pelucuthakan di Amerika Syarikat serta beberapa bidang kuasa asing yang lain,” katanya menerusi jawapan bertulis Parlimen.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) berhubung jumlah wang dan aset berkaitan penyelewengan dana 1MDB yang telah dipulangkan AS kepada Malaysia serta baki aset yang masih ditahan di AS dan negara lain.

Azalina berkata, mengenai jumlah sebenar wang dan aset yang masih ditahan, dibekukan atau tertakluk kepada prosiding pelucuthakan dan perkara itu tidak dapat ditentukan dengan tepat pada masa ini.

Beliau berkata, hal ini kerana ia bergantung kepada perkembangan semasa prosiding yang sedang berjalan serta perubahan nilai pasaran aset berkenaan dari semasa ke semasa. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN