20 kertas siasatan kesalahan PRU15 di Melaka

20 kertas siasatan kesalahan PRU15 di Melaka

ZAINOL Samah memeriksa kawalan kehormatan pada Perhimpunan Bulanan IPK Melaka di Bukit Beruang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 20 kertas siasatan membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, polis turut melakukan dua tangkapan membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, kesalahan di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 paling banyak direkodkan dengan tujuh kes membabitkan penyamaran.

“Sementara itu, lima kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat dengan seorang individu ditahan. Dua daripadanya membabitkan kes yang disiasat mengikut Seksyen 24 (3) (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya.

“Dalam pada itu, satu kes disiasat masing-masing di bawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan, Seksyen 3 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya, Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 426 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 10 Akta Pilihan Raya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.

Tambah Zainol, kelancaran PRU15 menunjukkan masyarakat semakin matang dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Katanya, proses demokrasi dapat ditegakkan tanpa mengakibatkan situasi yang mampu mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

“Polis Melaka amat berpuas hati dengan perjalanan PRU15 kerana berlangsung dalam suasana yang tenang. Syukur alhamdulillah sepanjang tempoh pilihan raya tersebut, tiada perkara yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam di negeri ini.

“Hal ini menunjukkan polis amat komited dalam memikul mandat dan tanggungjawab yang diamanahkan demi memastikan keselamatan negara terpelihara. Tahniah dan syabas kepada semua warga Kontinjen Melaka yang terlibat kerana berjaya membuktikan kredibiliti dalam menjaga keamanan negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya