Dua lelaki ambil upah seludup ketum ditahan  - Utusan Malaysia

Dua lelaki ambil upah seludup ketum ditahan 

ZAIDY Che Hassan (dua kiri) melihat sebahagian bungkusan daun ketum yang dirampas di IPD Kuala Muda, Sungai Petani, hari ini. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Dua lelaki yang mengambil upah menyeludup daun ketum menggunakan lori ditahan  berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, Lebuh Raya Utara Selatan, di sini, malam kelmarin.

Mereka ditahan sepasukan anggota daripada Unit Peronda Lebuh Raya (EMPV) Zon Utara pada pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Zaidy Che Hassan berkata,  kedua-dua suspek berumur 36 tahun itu didapati membawa 1,350 kilogram (kg) daun ketum untuk diseludup ke selatan tanah air.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas lori jenis Mitsubishi dinaiki dua suspek terbabit menemukan sebanyak 135 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum dianggarkan bernilai RM16,200.

“Siasatan awal mendapati daun ketum itu dibekal oleh seorang lelaki warga Thailand yang tinggal di Sik sebelum dibawa untuk dijual ke selatan tanah air.

“Suspek pertama yang merupakan pemandu lori itu sanggup menyewa lori dan membayar upah kepada suspek kedua sebanyak RM500 untuk satu perjalanan membantunya menyeludup daun ketum kerana dipercayai memperoleh keuntungan lumayan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda sini, hari ini.

Kata Zaidy, mereka dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan ketum sejak dua bulan lalu.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek pertama memiliki lima rekod membabitkan dadah, satu rekod terlibat jenayah serta dikehendaki berkaitan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya (ADB) 1952.

“Sementara itu, suspek kedua yang merupakan kenalan rapatnya tiada rekod jenayah dan saringan air kencing yang dijalankan mendapati kedua suspek negatif,” katanya.

Kata Zaidy, kedua suspek kini dalam tempoh tahanan reman selama empat hari bermula 31 Mei hingga 3 Jun ini.

“Kes disiasat  di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.