Iran akui serang pangkalan digunakan AS di Kuwait - Utusan Malaysia

Iran akui serang pangkalan digunakan AS di Kuwait

GAMBAR fail asap menjulang selepas lapangan terbang Kuwait diserang dron. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Islam berkata pada Isnin bahawa mereka telah menyasarkan sebuah pangkalan yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) untuk melancarkan serangan ke atas wilayah Iran.

Lokasi pangkalan tersebut tidak dinyatakan dalam kenyataan Pengawal Revolusi yang disiarkan oleh badan penyiaran Iran, IRIB dan media kerajaan lain.

Sebelum itu, tentera Kuwait berkata bahawa sistem pertahanan udaranya sedang memintas serangan dron dan peluru berpandu yang masuk, dalam usaha menangkis ancaman serangan di kawasan tersebut.

AS  dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Februari dan mencetuskan konflik besar di rantau itu. 

Tindakan tersebut menyebabkan Teheran bertindak balas dengan siri serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan beberapa lokasi di seluruh rantau selain menyebabkan penutupan Selat Hormuz.

Gencatan senjata mula berkuat kuasa pada 8 April melalui mediasi Pakistan, namun rundingan yang berlangsung di Islamabad gagal mencapai perjanjian jangka panjang.- AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN