Masa bersama orang tersayang amat berharga - Anzalna Nasir - Utusan Malaysia

Masa bersama orang tersayang amat berharga – Anzalna Nasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Anzalna Nasir, 38, memaklumkan dia akan mengelakkan daripada menggunakan media sosial ketika bercuti bersama keluarga.

Langkah tersebut membolehkan pemilik nama penuh Nur Anzalna Md Nasir itu  hadir dan mencipta memori bersama suami dan anak-anaknya.

“Bila pergi bercuti, saya elakkan melayari media sosial dan tumpukan sepenuhnya kepada keluarga, nikmati setiap masa sepanjang percutian itu.

“Saya hanya muat naik gambar dan video beberapa hari selepas kembali daripada percutian tersebut.

“Masa bersama orang tersayang amat berharga. Saya mahu benar-benar hadir supaya saya dapat nikmati dan cipta memori bersama mereka,” katanya menerusi Threads.

Pelakon yang diingati menerusi drama Memori Cinta Suraya dan Dendam Aurora itu memaklumkan dia amat menghargai masa bersama keluarga lebih-lebih ketika bercuti bersama mereka.

“Percutian adalah masa untuk berehat sebentar daripada bekerja dan telefon mudah alih supaya menjadi lebih bermakna,” kongsinya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN