Cincin tertulis 'Wana Love Wan' petunjuk identiti mayat ditemukan terapung  - Utusan Malaysia

Cincin tertulis ‘Wana Love Wan’ petunjuk identiti mayat ditemukan terapung 

SEBENTUK cincin mempunyai tulisan 'Wana Love Wan' ditemukan pada jari kiri mayat seorang lelaki tanpa identiti yang ditemukan terapung di Sungai Semeling, Kampung Sungai Batu Besi, Sungai Petani, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Sebentuk cincin bertulis ‘Wana Love Wan’ menjadi petunjuk pencarian identiti mayat seorang lelaki yang ditemukan terapung di Sungai Semeling dekat Kampung Sungai Batu Besi di sini pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.08 pagi itu, mayat lelaki tanpa identiti dengan anggaran usia lingkungan 30 hingga 40 tahun ditemukan orang awam dalam keadaan tangan dan kaki diikat manakala kepala hingga pinggang diserkup menggunakan guni sebelum menghubungi polis.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa tersebut mempunyai berat 52 kilogram (kg) dan tinggi 163 sentimeter (cm)

Beliau berkata, sewaktu ditemukan, mangsa memakai baju T lengan pendek saiz L bertulis ‘T Me Up’ warna merah dan kelabu di bahagian kolar dan lengan.

“Mangsa juga memakai sebentuk cincin berwarna ‘silver’ di jari kirinya dengan tulisan ‘Wana Love Wan’,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, hari ini.

Tambahnya, berdasarkan keadaan mayat tersebut, ada kemungkinan mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum dimasukkan ke dalam guni dan dicampak ke dalam sungai antara satu hingga empat hari sebelum dijumpai.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya