FamilyMart perkenal konsep baharu sempena ulang tahun ke-10

FamilyMart perkenal konsep baharu sempena ulang tahun ke-10

FAMILYMART Malaysia memperkenalkan konsep baharu, Life is Good with FamilyMart, bersempena sambutan ulang tahun ke-10 operasinya di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: FamilyMart Malaysia memperkenalkan konsep baharu, Life is Good with FamilyMart, bersempena sambutan ulang tahun ke-10 operasinya di negara ini, dengan menawarkan pilihan makanan dan minuman lebih pelbagai serta pengalaman membeli-belah yang diperbaharui.

Konsep berkenaan berteraskan tiga tunjang utama iaitu Good Choices, Good Quality dan Good Moments bagi meningkatkan pengalaman pelanggan menerusi pilihan produk berkualiti, kemudahan harian serta pelbagai tawaran eksklusif.

Antara pembaharuan diperkenalkan ialah rangkaian kopi kraf Everyday Craft Coffee yang diinspirasikan daripada seni pembuatan kopi Jepun, takumi, menerusi dua pilihan baharu iaitu Sumiyaki dan Kinu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumiyaki menawarkan rasa kopi hitam yang lebih pekat dengan aroma panggang, manakala Kinu mempunyai rasa lebih lembut dan seimbang, sesuai dinikmati bersama susu terutama dalam bentuk latte.

Kedua-dua pilihan kopi itu ditawarkan pada harga pengenalan serendah 99 sen sebelum dijual bermula RM3.90.

Selain itu, FamilyMart turut memperluaskan pilihan menu makanan sedia dimakan termasuk onigiri, sandwic, bento, pasta dan oden, selain memperkenalkan variasi kuah oden baharu seperti Laksa Kahwin, Creamy Mala dan Tom Yum.

Bagi pilihan pencuci mulut, rangkaian kedai serbaneka itu memperkenalkan ais krim sofuto perisa brown sugar boba buat pertama kali, selain mengembalikan perisa sea salt susulan permintaan pelanggan.

Dalam pada itu, FamilyMart turut memperkenalkan koleksi barangan gaya hidup eksklusif FAMIMA by NIGO hasil pilihan pereka fesyen Jepun terkenal, NIGO, yang dibawa ke Malaysia buat pertama kali.

Koleksi berkenaan bersama koleksi Famibara yang direka khas untuk peminat FamilyMart di Malaysia akan dilancarkan secara rasmi pada Disember ini.

Sempena ulang tahun itu, pelanggan baharu yang memuat turun aplikasi MY FamilyMart turut menerima pek e-baucar alu-aluan bernilai RM100, manakala ahli sedia ada boleh menikmati promosi Hari Ahli pada 10 dan 11 November ini dengan tawaran bermula 10 sen.

FamilyMart Malaysia mula beroperasi pada 11 November 2016 dengan pembukaan kedai pertamanya di negara ini, menerusi penawaran makanan sedia dimakan yang disediakan segar bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden.

Konsep baharu itu diperkenalkan menerusi sambutan ulang tahun di Orange Concourse, Sunway Pyramid, yang berlangsung sehingga 9 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini