20 laporan penipuan beli tiket penerbangan dengan kerugian RM233,000 - Utusan Malaysia

20 laporan penipuan beli tiket penerbangan dengan kerugian RM233,000

Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Siasatan Jenayah Jenayah Komersial (JSJK) mengesan modus operandi penipuan terbaharu berkaitan pembelian tiket kapal terbang  dengan menawarkan harga lebih murah berbanding harga pasaran. 

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamaruddin Md. Din berkata, pihaknya setakat ini menerima kira-kira 20 laporan dengan nilai kerugian RM233,000 berkaitan penipuan tersebut. 

Katanya, berdasarkan siasatan, mangsa melayari laman sosial http://cafe.naver.com/mymalaysia yang dalamnya terdapat iklan penjualan tiket kapal terbang. 

“Laman itu didakwa dikendalikan syarikat Apsan Travel and Tour Sdn. Bhd. 

“Mangsa membeli tiket penerbangan yang diiklankan namun apabila pembayaran dibuat, mangsa gagal memperoleh tiket dibeli,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihat berwaspada membuat transaksi dalam talian terutamanya menawarkan harga yang jauh lagi murah berbanding di pasaran.

“Sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh hubungi CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559/1599, whatsapp ke CCID Infoline di talian 013-2111 222, semakmule.rmp.gov.my atau mana-mana balai polis yang berdekatan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya